Thursday 3 November 2011

DATANG LAGI




Hari ni hitam datang lagi. Hitam ketuk ketuk masa silam. Di pekik-pekik masa silam suruh tinjau aku. Hitam ni dengkinya teruk sungguh. Tak pernah putus asa nak jatuhkan aku. Hitam ni dulunya manis. Terpaling manis dalam sejarah hidup aku. Tak tersinggah di benak nak jadikan Hitam sejarah tak berapa manis. Hitam pun tak pernah minta nak jadi begitu.

Malam ni Hitam datang jenguk sebentar. Tak sampai satu jam pun. Tapi sebenarnya sekejap tu la yang paling dalam. Hitam bawak buah tangan. Buah tangan manis dengan sedikit angan sebagai hiasan. Sedap buah tangan Hitam hari ni. Angan kat tepi tu buat buah tangannya makin lazat. Kalau boleh nak biar Hitam tinggal lama-lama. Tapi Hitam pergi jugak. Merah yang suruh. Merah kata "Berambus la Hitam! Kau ni tak pernah ber-realiti pun. Jangan bagi aku parah okay!"

Hitam pergi. Hitam tahu tak elok jenguk aku malam malam begini. Dia tak mahu aku terganggu tidur nanti. Tapi aku suka Hitam. Hitam buat aku tengok apa yang dah tak ada. Aku rinndu apa yang dah tak ada itu. Tapi kunjungan Hitam buat aku jadi pedih. Aku tak mahu siksa Merah. Merah tambah pedih kalau aku pedih. Kasihan Merah.

Hitam datang. Hitam pergi. Silih ganti tak pernah bosan. Kadang aku tersenyum bila Hitam datang. Kadang aku menangis tak tahan Hitam singgah lama-lama. Terima kasih Hitam datang jenguk aku sekali sekala. Kau buat aku tahu erti hidup yang kita tak selalu dapat apa yang kita impi. Tapi kau juga buat aku bersyukur yang aku pernah ada Hitam.

Hitam, kalau kau pergi jangan pergi lama-lama ya? Aku mahu kau singgah juga walau nanti mungkin Merah makin menyala :)

Sayang Hitam!

Wednesday 2 November 2011

R.O.B.E.K




Jangan dekat, nanti merebak.





Hati-hati hati kecil
Hati kecil calar-calar
Comel
Comel masih bertahan
Belum pernah lagi rasa sakit begini rupa
Pijak campak sikit tak pecah
Tapi berderai tipis hujung hujung
Rosak sikit
Sikit paling ketara

Robek robek hati kecil
Bekas penghentak tong kosong
Robek punya dalam
Sampai tak nampak apa yang asal
Kesian hati robek

Hati kecil comel robek takut
Takut nak terima risiko bakal di robek
Tak bagi peluang di simen di paku
Paling penakut dalam dunia

Kesian.